logo
Aplikasi Berita Terbaik di Malaysia

Minyak masak 5kg hanya RM20 jika buat dua peringkat harga

Tempatan

SHAH ALAM, 12 JUN: Kerajaan persekutuan perlu menimbang cadangan membuat dua peringkat harga bagi minyak sawit mentah untuk mengawal kenaikan kos minyak masak.

EXCO hal ehwal pengguna berkata langkah termasuk menjual eksport minyak sawit mengikut harga pasaran selain memperkenal harga lebih rendah untuk kegunaan domestik.

Mohd Zawawi Ahmad Mughni menjelaskan kaedah itu membolehkan minyak masak 5kg dijual paling mahal pada kadar RM20 sebotol setelah mengambil kira semua kos terlibat.

“Sukacita ingin saya ingatkan Malaysia antara pengeksport minyak sawit mentah dunia terbesar iaitu 27 juta tan dan hanya 1 juta tan untuk kegunaan tempatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Jadi, kegunaan domestik bagi minyak sawit mentah ini masih boleh ditawarkan pada harga rendah. Ia lantaran kenaikan harga minyak masak sudah ke tahap yang membebankan rakyat.”

Me

reaction1 reaction1
3
views415
comment1
share7

(1)

Anggang Samungkal
1 month ago
Rakyat yg punyai ladang sawit akan merasa untung apabila harga sawit tandan melambung, namun rakyat bukan samua miliki ladang sawit tetapi samua rakyat adalah penguna minyak masak, perlu lah kerajaan mengkaji samula harga sawit tandan untuk salaraskan harga minyak madak.

Cara Memasang Aplikasi Newswav
1. Imbas kod QR di bawah
1. Tekan butang di bawah
QR
2. Di App Store / Google Play, tekan butang Get / Install
guide 1
3. Pergi ke skrin utama, tekan Newswav
guide 1