logo
Aplikasi Berita Terbaik di Malaysia

Bertanding solo, perenang pecah rekod kebangsaan 23 tahun acara kuak lentang

Sukan

KUALA LUMPUR, 13 JUN: Walaupun menjadi satu-satunya peserta acara 200 meter (m) kuak lentang di Terbuka Malaysia ke-63 semalam, ia tidak melemahkan semangat Khiew Hoe Yean untuk memecahkan rekod kebangsaan berusia 23 tahun.

Hoe Yean, 19, yang menjadi satu-satunya peserta acara itu yang diadakan secara tertutup akibat Covid-19, mencatatkan masa dua minit dan 0.80 saat (s), bagi memadamkan rekod lama dipegang Alex Lim Keng Liat 2:00.94s yang dicatatkannya ketika memenangi pingat perak di Sukan Asia Bangkok 1998.

Selain itu, catatan masa itu juga membolehkan perenang itu mencatakan masa melepasi Masa Pemilihan Olimpik (OST) 2:01:03s.

“Saya rasa amat gembira sehingga tidak tahu nak kata apa. Saya gembira kerana saya telah mencatatkan masa kelayakan B dalam satu lagi acara dan memecahkan rekod kebangsaan,” kata perenang dari Kuala Lumpur kepada Bernama ketika dihubung

reaction1 reaction1
0
views44
comment0
share0
Cara Memasang Aplikasi Newswav
1. Imbas kod QR di bawah
1. Tekan butang di bawah
QR
2. Di App Store / Google Play, tekan butang Get / Install
guide 1
3. Pergi ke skrin utama, tekan Newswav
guide 1