logo
Aplikasi Berita Terbaik di Malaysia

Am : Pengarah Asia dan Oceania Kementerian Luar Perancis adakan pertemuan dengan Pengerusi Bernama

Tempatan

KUALA LUMPUR, 25 Nov -- Pengarah Asia dan Oceania, Kementerian Eropah dan Hal Ehwal Luar Perancis M. Bertrand Lortholary mengadakan lawatan ke ibu pejabat Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), di sini hari ini.

Sempena lawatan itu beliau turut mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Pengerusi Bernama Senator Datuk Ras Adiba Radzi.

Hadir sama Duta Perancis ke Malaysia Roland Galharague. 

Terdahulu, Lortholary bertukar-tukar pandangan dengan Pengarang Kanan Bernama Ravichandran D.J Paul dan wartawan Rosmalis Anuar serta menjelaskan mengenai peranan dan visi Perancis untuk Indo-Pasifik dan rantau itu akan menjadi keutamaan apabila Perancis mengambil alih jawatan Presiden Kesatuan Eropah tahun depan.

Beliau tiba di sini hari ini dari Jakarta selepas mengiringi Menteri Luar Perancis Jean-Yves Le Drian yang mengadakan lawatan rasmi ke Indonesia.

reaction1 reaction1
0
views3
comment0
share0

Cara Memasang Aplikasi Newswav
1. Imbas kod QR di bawah
1. Tekan butang di bawah
QR
2. Di App Store / Google Play, tekan butang Get / Install
guide 1
3. Pergi ke skrin utama, tekan Newswav
guide 1