Kami melihat trend membimbangkan di media sosial apabila ubat diabetes yang digunakan untuk kurus dipromosikan secara terang-terangan oleh pengamal profesional.
Sesungguhnya, ubat ini sold out satu negara disebabkan ramai yang ingin mencari dan wujud penipuan kerana ramai terdesak untuk mendapatkannya.
Lebih parah, yang sedang menggunakan ubat ini pula mengalami kesukaran untuk meneruskan ubat tersebut kerana ketiadaan stok
Dan terbaru, ubat yang dikenali sebagai Retra @ Reta @ retatrutide. Hasil semakan PHM di QUEST3+ (Product Search) laman web NPRA mendapati nama “Retatrutide” tidak didaftarkan.
Bila sesuatu “ubat” tidak berdaftar, jual, edar, promote pun memang salah. Dan dari sudut keselamatan, anda tak tahu apa kandungan sebenar, dos betul ke tidak, steril ke tidak, simpan cara betul ke tidak.
Kalau anda jumpa iklan, agent, atau seller yang push benda ni, jangan normalisasikan.
Cara paling mudah, semak status produk dan buat aduan kepada saluran penguatkuasaan farmasi.
Tolong bantu sekat. Laporkan kepada NPRA atau SISPAA KKM.
Public Health M'sia (publichealthmalaysia@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.
