Biodata lengkap Jofliam – Wajah di sebalik peniagaan pizza wagyu viral

LocalFood
1 Apr 2026 • 6:16 PM MYT
LifestyleAsia MY
LifestyleAsia MY

Your access to the good life in Malaysia

jofliam, pizza wagyu jofliam, jofliam cik epal, cik epal,

Dalam dunia kulinari Malaysia, nama Jofliam semestinya tidak asing lagi, terutamanya dalam kalangan penggemar piza premium yang kerap tular di media sosial. Bagi pencinta piza dan mereka yang mengikuti tren makanan terkini, pastinya cukup ‘familiar’ dengan jenama piza wagyu yangcukup terkenal dengan kelazatan dan kualitinya yang luar biasa.

Namun di sebalik kejayaan ini, terdapat kisah kehidupan peribadi Jofliam yang turut menarik perhatian ramai, terutamanya isu penceraiannya dengan personaliti media sosial, Cik Epal. Kisah rumah tangga mereka yang berakhir baru-baru ini turut menjadi tumpuan warganet yang tertanya-tanya tentang punca keretakan mahligai tersebut.

Bagi anda yang ingin tahu lebih lanjut tentang isu ini, atau sekadar ingin maklum tentang latar belakang jejaka dan usahawan hebat ini, ayuh kami kongsikan menerusi artikel di bawah:

Biodata lengkap Jofliam

jofliam, pizza wagyu jofliam, jofliam cik epal, cik epal,
Kredit: IG Jofliam

Nama Penuh: Jofli Abu Bakar
Nama Panggilan: Jo, Jofliam
Pekerjaan: Pempengaruh media sosial, Usahawan, Cef Piza
Akaun Media Sosial: Instagram @jofliam

Jofliam merupakan seorang usahawan muda yang kini semakin dikenali dalam industri makanan di Malaysia. Walaupun dunia kulinari bukanlah bidang yang dia ceburi secara rasmi pada awalnya, piza yang dihasilkan telah mengangkat namanya di kalangan pencinta makanan eksklusif, terutamanya piza wagyu.

Pada awalnya, Jofliam mula mencipta fenomena dengan piza wagyu Marble 8 yang premium, yang kini bukan sahaja menjadi kegilaan ramai, tetapi juga simbol status bagi mereka yang ingin menikmati hidangan mewah.

Kehidupan peribadi: Keluarga dan kes penceraian

jofliam, pizza wagyu jofliam, jofliam cik epal, cik epal,
Kredit: IG Jofliam

Buat makluman, Jofliam mendirikan rumah tangga dengan Murni Mahmud, atau lebih dikenali sebagai Cik Epal, seorang personaliti media sosial yang turut popular dalam kalangan pengikutnya. Pasangan ini dikurniakan dua orang anak, Han dan Yuki, yang sering menjadi tumpuan dalam setiap perkongsian di media sosial mereka.

Namun, baru-baru ini, kehidupan peribadi Jofliam mendapat perhatian ramai apabila dia mengumumkan bahawa dirinya dan Cik Epal sudah tidak lagi bersama. Dalam satu hantaran di Instagram Story, Jofliam dengan tegas menyatakan bahawa dia kini bukan lagi bergelar seorang suami kepada Cik Epal dan lebih fokus untuk mengejar impian dalam dunia piza.

Jofliam juga menjelaskan bahawa urusan peribadi ini tidak lagi akan menjadi perhatian utamanya, dan kini dia lebih tumpu kepada perjuangannya dalam dunia piza, terutamanya di peringkat antarabangsa.

Cik Epal pula, dalam responsnya di media sosial, menyatakan bahawa mereka berdua masih mempunyai rasa hormat antara satu sama lain, terutama sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab terhadap anak-anak mereka.

Perjalanan karier Jofliam, dari sekadar hobi ke usahawan piza terkemuka

jofliam, pizza wagyu jofliam, jofliam cik epal, cik epal,
Kredit: IG Jofliam

Semuanya bermula ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada tahun 2020, di mana Jofliam mula mempelajari seni membuat piza sebagai satu hobi. Ketika itu, dia banyak meluangkan masa di rumah untuk mendalami teknik-teknik pembuatan piza yang lebih serius.

Tanpa diduga, hobi tersebut semakin berkembang dan Jofliam dengan segera menyambar peluang itu untuk menjadikan minatnya dalam bidang kulinari ini sebagai satu perniagaan yang sebenar.

Pada tahun 2021, Jofliam mula menjual piza secara komersial, dan sejak itu, dia berjaya menarik perhatian ramai melalui piza wagyu yang dihasilkan. Piza buatan tangan ini segera menjadi kegilaan ramai kerana ia menggunakan bahan-bahan premium yang jarang ditemui di pasaran tempatan, seperti daging wagyu Marble 8 yang terkenal dengan kualitinya yang tinggi dan rasa yang tidak dapat ditandingi. Selain itu, bahan eksklusif seperti saffron yang digunakan dalam piza ini menambah lagi kelazatan dan keistimewaan hidangan tersebut.

Piza Wagyu menjadi penanda aras antara kemewahan & eksklusiviti

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jofliam🍼 (@jofliam)

Keistimewaan piza wagyu keluaran Jofliam terletak pada harga dan cara penyediaannya yang sangat terhad. Dengan harga mencecah RM150 sekotak, piza ini dijual secara eksklusif di Instagramnya pada hari-hari tertentu sahaja.

Pelanggan kemudian perlu beratur panjang dan menunggu giliran untuk mendapatkan piza ini, menjadikannya seolah-olah satu kemewahan yang hanya boleh dinikmati oleh golongan tertentu. Piza wagyu ini bukan sahaja menjadi pilihan utama bagi penggemar makanan mewah, tetapi juga simbol status bagi mereka yang ingin mencuba sesuatu yang luar biasa.

Pencapaian hebat Jofliam angkat nama Malaysia di peringkat antarabangsa

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jofliam🍼 (@jofliam)

Tutto Pizza Expo 2023 di Naples, Itali

Jofliam mula mencatatkan pencapaian besar pada tahun 2023 apabila dia menjadi rakyat Malaysia pertama yang menyertai Tutto Pizza Expo, salah satu acara terbesar dalam dunia piza, yang diadakan di Naples, Itali.

Menerusi pertandingan ini, dia berjaya meraih tempat keempat, satu pencapaian yang cukup membanggakan dan mengangkat namanya di persada antarabangsa.

Pengiktirafan dari Associazione Pizzaiuoli Napoletani

Selain itu, Jofliam juga diiktiraf oleh Associazione Pizzaiuoli Napoletani, sebuah organisasi yang sangat berprestij dalam dunia piza Neapolitan. Pengiktirafan ini adalah satu lagi pencapaian besar dalam kariernya, kerana ia memberi bukti bahawa kemahiran dan teknik pembuatan piza yang digunakan oleh Jofliam diiktiraf di peringkat dunia.

Kredit: eCentral

Baca artikel mengenai gaya hidup, tempat makan menarik, fesyen terkini, kecantikan dan kesihatan, serta gosip artis popular di Lifestyle Asia Malaysia


(Kredit gambar featured & hero: IG Jofliam)


Note : The information in this article is accurate as of the date of publication.
View Original Article