Ejen hartanah tikam wanita direman tujuh hari

Local
18 May 2026 • 9:53 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Ejen hartanah tikam wanita direman tujuh hari
Ejen hartanah berusia 32 tahun tiba di mahkamah dengan berpakaian baju lokap sambil diiringi anggota polis.
Image from: Ejen hartanah tikam wanita direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari bermula Isnin bagi membantu siasatan kes tikam wanita di Kepala Batas pada Ahad.
Image from: Ejen hartanah tikam wanita direman tujuh hari
Mangsa mengalami kecederaan di bahagian kanan leher selepas dipercayai ditikam ketika berada di dalam sebuah kereta jenis Mazda 3.

ALOR SETAR - Suspek lelaki yang menikam seorang wanita di hadapan sebuah restoran di Jalan Titi Gajah, Kepala Batas di sini direman tujuh hari bermula Isnin.

Majistret Nur Syifa Mohd Hamzah membenarkan permohonan reman oleh polis di lokap Kompleks Mahkamah Alor Setar di sini.

Terdahulu, ejen hartanah berusia 32 tahun tersebut tiba pada jam 8.20 pagi dengan berpakaian baju lokap sambil diiringi anggota polis.

**media[3524193]**

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ditikam di leher oleh lelaki dikenali

Media sebelum ini melaporkan seorang wanita cedera di leher kanannya dalam satu kejadian pada jam 9.19 malam Ahad selepas dipercayai ditikam lelaki dikenali di hadapan sebuah restoran.

Suspek kemudiannya dipercayai melarikan diri selepas kejadian, namun berjaya ditahan oleh polis di kawasan Masjid Taman Uda di sini pada jam 1.50 pagi Isnin.

**media[3524719]**

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk mendapatkan rawatan dan berada dalam keadaan stabil.

Menurutnya, polis masih menyiasat motif kejadian serta hubungan sebenar antara mangsa dan suspek.

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah menggunakan senjata.

View Original Article