“Inspirasi Anak Muda” – Pelajar UiTM Kerja 2-3 Part Time Seminggu Raih Anugerah Naib Canselor [Video]

LocalLifestyle
20 May 2026 • 4:27 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: “Inspirasi Anak Muda” – Pelajar UiTM Kerja 2-3 Part Time Seminggu Raih Anugerah Naib Canselor [Video]

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap mereka yang bergelar pelajar pasti menanam impian untuk berjaya dan mendapat keputusan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) yang membanggakan meskipun ada yang berdepan banyak cabaran antaranya kekangan kewangan.

Pun begitu, seorang penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM), Luqman Hakim membuktikan bahawa ujian tersebut bukanlah penghalang baginya.

Penuntut UiTM Kerja 2-3 Kerja Sambilan Untuk Tampung Perbelanjaan Pendidikan

Luqman Hakim atau lebih mesra dengan panggilan Hakim berkongsi berita gembira dirinya menerima Anugerah Naib Canselor (ANC) menerusi akaun Threads miliknya.

Menerusi video perkongsian, kelihatan Hakim sedang mengambil sijil graduasi (skrol) di atas pentas sambil menyarungkan selempang pink megah (ANC) UiTM.

Mencapai kecemerlangan itu bukanlah semudah yang disangka. Jelas pemegang ijazah Kelas Pertama Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kepujian) itu, dia dahulunya mengalami masalah kewangan dan perlu meminjam untuk meneruskan pembelajaran.

Namun begitu, dia tidak sesekali menjadikannya sebagai satu alasan, sebaliknya pendorong untuk sentiasa berusaha keras bagi memastikan pendidikannya tidak terjejas.

Antara Kerja Sambilan Yang Dilakukan Graduan Sepanjang Tempoh Belajar

Menerusi satu lagi video hantaran, kelihatan Hakim telah melakukan pelbagai jenis pekerjaan separuh masa (part time) dalam satu masa yang sama termasuklah:

  • Staf kedai baju
  • Menjaga booth pakaian
  • Menjual churros di gerai tepi jalan
  • Hos live
  • Content creator
  • Kerja di kedai grooming kucing
  • Jurugambar
  • Menjual keychain di i-City
  • Jualan dan pemasaran
  • Promoter produk wangian
  • Bekerja di gudang Shopee
Image from: “Inspirasi Anak Muda” – Pelajar UiTM Kerja 2-3 Part Time Seminggu Raih Anugerah Naib Canselor [Video]
Sumber: Threads

“Kebanyakan kerja sambilan tersebut saya cari sendiri melalui Facebook. Walaupun penat, semua pengalaman kerja ini banyak mengajar saya tentang disiplin, komunikasi, pengurusan masa dan cara berurusan dengan orang ramai.

“Bagi saya, kejayaan menerima Anugerah Naib Canselor ini bukan hanya untuk diri sendiri tetapi juga sebagai hadiah kecil buat ibu bapa yang banyak berkorban untuk saya,” katanya ketika dihubungi BuzzKini.

Pegang Prinsip ‘Nak Seribu Daya, Tak Nak Seribu Dalih’ Untuk Berjaya

Tambah Hakim, tiada apa yang mustahil jika seseorang bekerja keras dan berusaha untuk mendapatkannya.

“Masalah kewangan dan takut berhutang bukan penghalang untuk teruskan tahap pendidikan. Saya pegang prinsip ‘nak seribu daya, tak nak seribu dalih’. Bagi saya, kekangan kewangan bukan penghalang untuk seseorang menyambung pelajaran. Yang paling penting ialah usaha, niat dan kesungguhan untuk terus belajar dan mengubah kehidupan.

“Alhamdulillah berjaya dapat ANC sambil bekerja keras untuk bayar kos pembelajaran dan perbelanjaan,” ujar pelajar UiTM tersebut.

View on Threads

Bawa iPad Ke Tempat Kerja Untuk Siapkan Assignment Ketika Waktu Lapang

Mungkin ada yang tertanya-tanya, bilakah Hakim akan membuat tugasan sekiranya dia sibuk bekerja? Jelasnya, dia akan menyiapkan tugasan yang ada ketika waktu malam selepas kelas tamat dan kadangkala dia melakukannya sambil bekerja.

“Kebanyakan assignment saya siapkan pada waktu malam selepas kelas dan kadang-kadang saya turut membawa iPad ketika bekerja untuk menyiapkan tugasan semasa waktu rehat atau waktu lapang,” ujarnya.

Bekas Majikan Turut Puji Usaha Graduan Untuk Cari Rezeki

Dalam satu hantaran lain, seorang lelaki yang dipercayai merupakan bekas majikan Hakim turut memujinya selain berkata graduan itu seorang yang sangat rajin.

“Aku saksi betapa dia ni sangat rajin. Ya, bekas pekerja aku. Bulan puasa habis belajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dia kerja dengan aku sebulan penuh tak minta cuti. Dia lah orang pertama yang buka kedai dan dia juga yang terakhir kemas. Dia minta masuk setengah hari ada sekali je sebab nak shopping baju raya.

“Bila raya mengejut tu, raya ketiga dia dah datang kedai meniaga macam biasa. Tak merungut,” kongsi bekas majikan terbabit.

View on Threads

Ramai Puji Hakim Tidak Penat Cari Wang Untuk Menampung Kos Pembelajaran

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai memuji kegigihan Hakim bagi menimba ilmu.

“Tahniah dik. Kisah awak ni memang patut dicanang sebagai inspirasi. Akak yang dapat ijazah Kelas Pertama tanpa buat kerja sambilan dulu pun rasa susah apatah lagi awak yang buat banyak kerja. Teruskan melangkah dik,” kata seorang wanita.

Malah ramai juga berpendapat bahawa Hakim akan mudah mendapat pekerjaan tetap selepas ini.

“Kau la orang yang majikan nak ambil bekerja. Gigih, rajin, komited dan berjaya dalam akademik juga! Selamat maju jaya dik untuk dapatkan kerja tetap nanti, ingat jangan turunkan standard untuk sesuatu yang kurang ya,” ujar seorang netizen.

Sementara itu, segelintir warganet turut mengingatkan orang ramai agar tidak menilai (judge) orang yang bekerja sambilan.

“Sebab tu kalau ada orang kerja pasar malam ke, kerja biasa-biasa ke tak pernah judge sebab diam-diam mereka ada ijazah dengan Kelas Pertama. Tentu-tentulah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dapat biasiswa tak ada hutang tak payah bayar balik,” kata seorang pengguna Threads.

Berikut antara komen-komen netizen:

Image from: “Inspirasi Anak Muda” – Pelajar UiTM Kerja 2-3 Part Time Seminggu Raih Anugerah Naib Canselor [Video]
Image from: “Inspirasi Anak Muda” – Pelajar UiTM Kerja 2-3 Part Time Seminggu Raih Anugerah Naib Canselor [Video]
Image from: “Inspirasi Anak Muda” – Pelajar UiTM Kerja 2-3 Part Time Seminggu Raih Anugerah Naib Canselor [Video]
Image from: “Inspirasi Anak Muda” – Pelajar UiTM Kerja 2-3 Part Time Seminggu Raih Anugerah Naib Canselor [Video]
Image from: “Inspirasi Anak Muda” – Pelajar UiTM Kerja 2-3 Part Time Seminggu Raih Anugerah Naib Canselor [Video]
Sumber: Threads
View Original Article