“Jijiknya, Tu Kan Tempat Makan!” – Pelanggan Dikritik Selepas Buang Lampin Bayi Bawah Meja

Lifestyle
21 May 2026 • 5:47 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: “Jijiknya, Tu Kan Tempat Makan!” – Pelanggan Dikritik Selepas Buang Lampin Bayi Bawah Meja

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Memang betul, setiap kedai makan akan ada staf yang ditugaskan untuk menghantar makanan ke meja pelanggan dan juga membersihkan meja selepas mereka sudah selesai makan.

Tetapi itu tidak bermakna anda boleh sesuka hati mengotorkan restoran sebagai contoh membuang lampin di kawasan meja makan. Kedengaran menjijikkan, namun itulah situasi yang berlaku baru-baru ini.

Pelanggan Didakwa Buang Sisa Muntah & Lampin Bayi Bawah Meja Makan

Seorang lelaki dikenali sebagai Channieeaj menerusi akaun Threads miliknya mendakwa sebuah keluarga telah meninggalkan sebungkus plastik berisi tisu kotor dan lampin bayi di bawah kerusi meja makan.

Pada awalnya, lelaki yang dipercayai merupakan staf restoran itu mendakwa salah seorang anak kepada pelanggan tersebut telah muntah ketika duduk di kerusi bayi (baby chair). Bagaimanapun, muntah tersebut dikatakan sudah dibersihkan.

Baca Artikel Berkaitan:“Rela Dukung Anak!” – Baby Chair Kotor Di Kedai Makan Buat Ramai Rasa Jijik [Video]

Namun begitu, dia berasa musykil apabila keluarga berkenaan didakwa tidak menukar pakaian anak yang terkena muntah di dalam tandas, sebaliknya melakukannya di meja makan sahaja.

Lebih mengejutkan, pelanggan tersebut juga didakwa telah meninggalkan lampin bayi di bawah meja makan sebelum beredar dari restoran.

“Tadi ade pelanggan lapan sekeluarga, lepas tu ada anak dia yang duduk baby chair ni muntah lepas tu diorang yang lap la tapi yang peliknya kenapa tak tukar dekat tandas. Dia terus buka baju seluar anak dia dekat situ weh.

“Makan dah bersepah gila (aku fikir) biasalah budak-budak lagi lepas tu aku kutip la semua sisa and aku ambil sekali plastik dekat bawah baby chair tu. Kemudian buka la plastik nak letak sisa dalam tu senang so aku pun buka la, aku sangat terkejut (jumpa lampin dalam plastik)!

“Ni apa weh. Boleh buang macam tu je (lampin bayi) bawah meja makan, astaghfirullahaladzim,” dakwanya.

Menerusi hantaran tersebut, dia turut berkongsi foto pampers yang terdapat di dalam sebungkus plastik.

Image from: “Jijiknya, Tu Kan Tempat Makan!” – Pelanggan Dikritik Selepas Buang Lampin Bayi Bawah Meja
Sumber: Threads
View on Threads

Baca Artikel Berkaitan:“Attitude Out” – Aksi Tak Senonoh Lelaki Letak Kaki Atas Meja Makan Undang Kecaman [Video]

Ramai Geli Dengan Sikap Pengotor Pelanggan Tinggalkan Lampin Bawah Meja Makan

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai mengkritik pelanggan yang tidak menjaga kebersihan sewaktu berada di tempat awam.

“Kalau bersepah tu boleh faham la sebab budak kan. Kadang diorang (kanak-kanak) nak makan sendiri, suap nanti mengamuk. Tapi bab lampin ni melampau. Tak ada otak ke tempat makan tu,” kata seorang wanita.

Malah ramai juga berpendapat bahawa pelanggan tersebut tidak mempunyai adab.

“Kurang ajar la penjaga macam ni. Tak ada common sense, tu kan tempat makan. Sumpah ibu bapa biadab,” ujar seorang pengguna Threads.

“Tak ada rasa segan ke bila tinggalkan sampah dan sepah banyak macam ni. Adui, ubahlah,” tambah seorang individu.

Macam Mana La Perangai Dekat Rumah Kalau Dekat Luar Pengotor – Netizen

Sementara itu, ada juga yang berkata bahawa perbuatan jijik itu menunjukkan sikap sebenar pelanggan berkenaan.

“Jijiknya orang macam ni. Kalau dekat luar pun dah pengotor apa lagi dekat rumah. Tolonglah ada common sense sikit bila dekat luar atau kedai makan. Aku kalau jumpa orang macam ni dekat luar, aku kejar dia pergi bagi plastik sampah dia ni dekat tangan dia. Geram,” kata seorang warganet.

Berikut antara komen-komen netizen:

Image from: “Jijiknya, Tu Kan Tempat Makan!” – Pelanggan Dikritik Selepas Buang Lampin Bayi Bawah Meja
Image from: “Jijiknya, Tu Kan Tempat Makan!” – Pelanggan Dikritik Selepas Buang Lampin Bayi Bawah Meja
Image from: “Jijiknya, Tu Kan Tempat Makan!” – Pelanggan Dikritik Selepas Buang Lampin Bayi Bawah Meja
Image from: “Jijiknya, Tu Kan Tempat Makan!” – Pelanggan Dikritik Selepas Buang Lampin Bayi Bawah Meja
Image from: “Jijiknya, Tu Kan Tempat Makan!” – Pelanggan Dikritik Selepas Buang Lampin Bayi Bawah Meja
Image from: “Jijiknya, Tu Kan Tempat Makan!” – Pelanggan Dikritik Selepas Buang Lampin Bayi Bawah Meja
Image from: “Jijiknya, Tu Kan Tempat Makan!” – Pelanggan Dikritik Selepas Buang Lampin Bayi Bawah Meja
Sumber: Threads

Baca Artikel Berkaitan: Sisa Lampin Bayi Dipercayai Punca 16 Pengunjung Taman Rekreasi Di Pahang Dijangkiti Rotavirus

View Original Article