Signifikan utama Lorong Belakang Cyberjaya (LBC) adalah transformasi ruang bandar yang ketara di mana lorong belakang bangunan komersial ini yang dahulunya gelap dan terbiar di Shaftsbury Square ditukar menjadi kawasan itu ‘hidup’, terang dan meriah sebagai hab penjana ekonomi untuk usahawan belia. Ia beroperasi setiap Jumaat hingga Ahad dari 4 petang hingga 12 malam. Pengurusan tapak & penganjuran acara LBC diterajui oleh Youth Ventures Asia, dengan kerjasama Majlis Perbandaran Sepang. Kegiatan hujung minggu bertema ‘Pasar Malam Terbain di Asia’ dipelopori oleh belia dan pelajar.
Pengarahnya, Mohamad Hafiz Zurain Mahat, 30, berkata "Kami menyediakan platform perniagaan untuk lebih 100 vendor tempatan, jenama indie & para usahawan belia menjual makanan, barangan preloved, dan kraf tangan. Kami telah merekodkan sehingga 10,000 pengunjung datang membeli belah dan menjamu selera bersama keluarga dan rakan-rakan pada setiap hujung minggu. Mereka datang dari komuniti pelbagai kaum di Lembah Klang dan Negeri Sembilan. Sempena dengan promosi Tahun Melawat Malaysia 2026, kawasan ini telah mula menjadi tarikan para pelancong tempatan dan luar negara.

Saya amat teruja dengan aktiviti pemerkasaan seni tempatan yang menjadi ruang untuk bakat-bakat muda dan pemuzik jalanan yang popular membuat persembahan secara langsung (live show), sekali gus memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan komuniti, terutama para belia dan pelajar semua kaum. Mengubah persepsi negatif terhadap lorong belakang menjadi kawasan tumpuan pelancong dan penduduk setempat yang selamat serta mesra keluarga.

Saya tabik pihak penganjur kerana efektif menguruskan fasiliti fizikal premis termasuk kebersihan umum, sistem pencahayaan kekal, kemudahan tandas, dan kawasan tempat letak kereta di Shaftsbury Square di mana atur cara program ini berlangsung. Saya perhatikan LBC mantap berkembang sebagai hab gaya hidup belia & pelajar, inkubator usahawan mikro, dan pusat pelancongan lestari (sustainable tourism) bertaraf antarabangsa yang lebih mesra alam.
Saya yakin LBC boleh menjadi model rujukan bagi syarikat hartanah menghidupkan semula kawasan (space activation) dan kolaborasi dengan penduduk.
Zulkifly Baharom (hajizul50@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.
