SK Jerantut Jaya juara kejohanan bola jaring bawah 12 Tahun MSSD Jerantut

5 Aug 2026 • 6:35 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: SK Jerantut Jaya juara kejohanan bola jaring bawah 12 Tahun MSSD Jerantut

Tiga pemain utama bawah 12 tahun, Puteri Nelissa Aishah Muhammad Anwar sebagai penyerang (GA), Nur Farisya Amani Salman pada posisi pertahanan (GD) dan Ayesha Mohd. Fadzli sebagai penjaring (GS) membantu menobatkan Sekolah Kebangsaan (SK) Jerantut Jaya muncul juara Kejohanan Bola Jaring Bawah 12 Tahun Majlis Sukan Sekolah Sekolah Daerah (MSSD) Jerantut baru-baru ini.

Kejohanan tersebut diadakan di gelanggang Pejabat Belia dan Sukan Jerantut, Pahang.

Ini juga membolehkan Puteri Nelissa Aishah dan Nur Farisya Amani dipilih sebagai pemain terbaik, manakala Ayesha sebagai penjaring terbaik dalam kejohanan tersebut.

Ketiga-tiga mereka dengan itu terpilih mewakili MSSD Jerantut bersama dua lagi pemain sekolah tersebut ke pertandingan peringkat Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Pahang (MSSP) tidak lama lagi.

Pada peringkat perlawanan akhir, pasukan bola jaring SK Jerantut Jaya menumpaskan SK Felda Tekam Utara dengan jaringan 8 – 7, manakala di peringkat separuh akhir mengalahkan SK Felda Kota Gelanggi Dua dengan jaringan 12 – 6. Guru Besar SK Jerantut Jaya, Jamalludin Baharun berkata, kesungguhan, kecekalan serta disiplin pemain di bawah tunjuk ajar jurulatih berpengalaman sekolah, Nurul Amalina Mohd. Rodzuan membolehkan pasukan itu muncul juara mengatasi 31 buah sekolah lain pada peringkat daerah.

“Kejayaan pasukan ini juga kerana guru serta jurulatih menjadikan permainan bola jaring antara aktiviti utama kokurikulum selain kerap mengadakan pertandingan pada peringkat sekolah melibatkan murid Tahap Dua dan perlawanan persahabatan dengan sekolah lain,” katanya di Jerantut, Pahang baru-baru ini.

Selepas kejohanan tersebut latihan akan diteruskan pada waktu petang untuk memilih bakat baharu pemain bagi persiapan kejohanan yang sama pada tahun hadapan-UTUSAN

The post SK Jerantut Jaya juara kejohanan bola jaring bawah 12 Tahun MSSD Jerantut appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved