Keputusan Tidak Rasmi, Maszlee Tewas, MUDA Mendahului Di Puteri Wangsa

Politics
12 Mar 2022 • 9:57 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Dr Maszlee Malik (tengah) pada hari penamaan calon PRN Johor, 26 Februari lalu - Gambar Azim Abd Rahman

KUALA LUMPUR - Keputusan tidak rasmi Dewan Undangan Negeri (DUN) Layang-Layang, menyaksikan Dr Maszlee Malik yang bertanding atas tiket Pakatan Harapan (PH) tewas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Mantan Menteri Pendidikan itu kalah kepada calon Barisan Nasional (BN), Abdul Mutalip Abdul Rahim dengan majoriti 3,016 undi.

Beliau memperoleh 4,756 undi, berbanding Abdul Mutalip yang meraih 7,772 undi.

Dua lagi calon bertanding di DUN berkenaan adalah wakil Perikatan Nasional (PN), K Alagathiran yang mendapat 1,297 undi dan calon Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Ahmad Shafiq Othaman dengan hanya 174 undi.

image is not available
Amira Aisya Abd Aziz

Sementara itu, keputusan tidak rasmi DUN Puteri Wangsa menunjukkan Amira Aisya Abd Aziz dari Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) mendahului dengan memperoleh 16,900 undi.

Selain beliau yang juga calon wanita tunggal, DUN itu ditandingi lima calon, iaitu Ng Yew Aik dari Barisan Nasional (BN), Dr Khairil Anwar Razali (PEJUANG), Loh Kah Yong (PN), Steven Choong Shiau Yoon (Parti Bangsa Malaysia) dan Adzrin Adam (Bebas).

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 (PRU-14), kerusi DUN itu dimenangi Pakatan Harapan (PH). – Getaran, 12 Mac 2022
 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved