Tengku Zafrul Sah Sertai PKR, Ahli Cabang Ampang

LocalPolitics
8 Aug 2025 • 10:42 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Tengku Zafrul Sah Sertai PKR, Ahli Cabang Ampang

OSAKA, 8 Ogos (Bernama) — Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengesahkan bahawa permohonan beliau untuk menyertai parti PKR telah diterima dua minggu lepas.

Tengku Zafrul berkata beliau kini merupakan ahli PKR bagi Cabang Ampang.

“Saya tidak ingat tarikh (penerimaan permohonan) tapi ia adalah ketika perjumpaan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti, dua minggu lepas,” katanya kepada media Malaysia di sini hari ini ketika mengadakan lawatan ke Pavilion Malaysia bersempena Expo 2025 Osaka.

Pada 30 Mei lepas, beliau mengumumkan peletakan jawatannya dalam UMNO dan menyatakan niat untuk menyertai PKR.

Tengku Zafrul, menerusi surat yang dihantar kepada pimpinan UMNO, memaklumkan hasrat untuk meletak jawatan sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi, Ketua UMNO Bahagian Kota Raja dan ahli UMNO.

Sumber: BERNAMA

View Original Article