PRN Sabah: BN sedia kerjasama bentuk kerajaan

LocalPolitics
29 Nov 2025 • 11:47 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ahmad Zahid berada di Command Centre Barisan Nasional (BN) bagi menunggu keputusan PRN Sabah ke-17. - Foto Bernama

KOTA KINABALU - Barisan Nasional (BN) sedia bekerjasama dengan parti sehaluan demi membentuk kerajaan Sabah. 

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pengundi yang telah memberikan kepercayaan kepada calon-calon BN.

Menurutnya, pihaknya menghormati dan menerima keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang menyaksikan seramai 596 calon telah bertanding sebagai suatu manifestasi kesuburan demokrasi di negeri itu.

"Keputusan ini membuktikan bahawa BN masih mempunyai asas sokongan yang teguh dan terus menjadi salah satu blok politik penting dalam landskap politik Sabah.

"Sebagai sebuah parti yang sentiasa memberikan keutamaan kepada soal kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat, BN bersedia untuk bekerjasama dengan parti-parti yang sehaluan bagi membentuk sebuah kerajaan baharu untuk kestabilan politik negeri Sabah," katanya dalam satu kenyataan.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri turut menyeru seluruh rakyat Sabah untuk mengekalkan keamanan, perpaduan dan rasa hormat terhadap proses demokrasi yang sedang berlangsung.

Menurutnya, perjalanan Sabah ke hadapan memerlukan iltizam semua pihak dan BN akan terus memainkan peranan yang konstruktif bagi memastikan negeri Sabah terus melangkah ke arah kemajuan serta kemakmuran.

View Original Article