Jenama Vivo di Malaysia semakin dikenali selepas mereka mengambil Datuk Siti Nurhaliza sebagai duta produk. Peranti mereka kebanyakannya berkelas pertengahan dengan penekanan kepada kemampuan swafoto yang baik. Semalam Vivo Z5X telah dilancarkan dan ia menggunakan rekaan skrin berlubang untuk kamera yang menjadi trend semasa.

Terdapat pengimbas cap jari pada bahagian belakang. Masih terdapat slot untuk kad mikro SD dan bicu audio. Dwi SIM boleh digunakan serentak asalkan ia bersaiz nano. Di China harga jualan Vivo Z5X bermula dari RMB 1498 (~RM 909).
