Polis lawat kanak-kanak digigit anjing

2 Nov 2019 • 8:10 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

LANGKAWI - Seorang kanak-kanak berdepan detik cemas apabila menjadi mangsa gigitan seekor anjing sehingga tular di media sosial baru-baru ini.

Video berdurasi 23 saat yang tular di dalam Facebook sejak 30 Oktober lalu menunjukkan mangsa sedang duduk selepas cedera diserang dan digigit seekor anjing yang terlepas daripada jagaan tuannya.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Supritenden Mohd Iqbal Ibrahim meminta penduduk supaya lebih bertanggungjawab terhadap haiwan jagaan masing-masing.

"Kita tidak mahu perkara sama berulang dan memastikan keselamatan penduduk Langkawi terjamin," katanya.

Polis Langkawi bersama Pegawai Tadbir Parlimen Langkawi, Zamre Yahya mengadakan lawatan kebajikan di rumah kanak-kanak berkenaan.

"Lawatan bertujuan melihat keadaan mangsa dan memberi kata-kata semangat dan berharap dia cepat sembuh," katanya.

Sumbangan wang ringgit daripada Parlimen Langkawi turut disampaikan kepada keluarga mangsa bagi mengurangkan beban kos perubatan.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Budak ketakutan diserang anjing


View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved