Peserta cilik, ibu bapa sertai World Kids #QuranHour

23 May 2019 • 7:45 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Berlangsung di Perpustakaan Raja Tun Uda di sini semalam program anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhals (WUIF) bersama saluran Astro Ceria itu merupakan salah satu inisiatif utama menjelang kemuncak World #QuranHour pada 30 Mei ini.

Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff berkata, World Kids #QuranHour bertujuan menerapkan kefahaman isi kandungan al-Quran kepada kanak-kanak.

“World Kids #QuranHour mengambil semangat Nuzul Quran dengan membawa Misi al-Kahf. Pendekatan untuk berinteraksi dengan al-Quran juga dibuat secara santai.

“Berdasarkan sambutan luar biasa ini, kita nampak ada kesan daripada kempen World #QuranHour selama empat tahun. Mungkin sebelum ini anak-anak ikut ibu bapa tetapi hari ini kita buat khusus untuk anak-anak,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

image is not available
Peserta program menadah tangan bagi mengaminkan doa yang dibaca menerusi program terbabit. - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR

Sementara itu, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Mastura Muhammad berkata, pihaknya menyambut baik pelaksanaan World Kids #QuranHour yang mendapat penyertaan murid pra-sekolah dan sekolah-sekolah rendah sekitar Lembah Klang.

“Malah, hari ini (semalam) kita buka perpustakaan khas untuk World Kids #QuranHour. Kita dapat lihat semua anak-anak begitu gembira dan ibu bapa pula memberi sokongan jitu.

image is not available
Pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal turut menyampaikan tazkirah bertajuk Pesan Dari Gua dalam program berkenaan. - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR

“Situasi ini menunjukkan rakyat Malaysia memang mahu mendekati agama. Melalui program ini, kita mahu ajar anak-anak agar ingat Tuhan dan mendekati al-Quran,” katanya.

World Kids #QuranHour mengangkat pendekatan eduitainment seperti persembahan karakter animasi popular kanak-kanak Omar & Hana, penyampaian kisah Pesan dari Gua oleh Ustaz Don Daniyal dan persembahan Salam Squad.

image is not available
Watak animasi Omar dan Hana memeriahkan World Kids #QuranHour di Pustaka Raja Tun Uda di Shah Alam, Selangor semalam. - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR

Surah al-Kahf ayat satu hingga 10 turut diperdengarkan oleh Tahfiz Muda Aqil, Tahfiz Muda Mikhail dan juara tilawah al-Quran peringkat antarabangsa, Nor Farhatul Fairuzah Panut.

Peserta juga diberikan pemahaman mengenai 10 ayat terawal surah al-Kahf melalui tafsiran oleh PU Azman.

image is not available
Seorang kanak-kanak membacakan surah al-Fatihah dan al-Baqarah sewaktu pembukaan program berkenaan. - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR

Turut hadir dalam program itu ialah pengasas WUIF, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub; Timbalan Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah dan Naib

Presiden Kandungan GenNext dan Antarabangsa Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin.

World Kids #QuranHour turut disiarkan secara langsung di saluran Astro Ceria, Astro Oasis dan Astro Oasis HD.

image is not available
Program World Kids #QuranHour yang berlangsung di Pustaka Raja Tun Uda di Shah Alam, Selangor mendapat sambutan memberangsangkan daripada peserta cilik. - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved