Jawi anjur Program Wilayah Persekutuan Bermunajat mulai malam ini

2 Apr 2020 • 12:30 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) akan menganjurkan Program Wilayah Persekutuan Bermunajat bermula malam ini sehingga 13 April depan.

Jawi dalam satu kenyataan berkata, program itu akan bermula jam 7.50 malam selepas solat Maghrib secara serentak di masjid, surau serta kediaman masing-masing di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

"Program Wilayah Persekutuan Bermunajat ini bermula malam ini dan seterusnya, 4, 7, 9 dan 13 April.

"Kaedah pelaksanaan program ini adalah dengan memastikan imam yang bertugas di masjid, surau Jumaat dan surau membacakan teks zikir dan doa yang telah disediakan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dengan menggunakan pembesar suara yang jelas didengar," katanya.

Kenyataan itu turut menjelaskan, inisiatif itu diambil bagi menyeru seluruh umat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan untuk bermunajat dan berdoa kepada ALLAH SWT agar penularan wabak koronavirus (Covid-19) dapat segera dibendung serta negara Malaysia sentiasa mendapat perlindungan dan kesejahteraan daripada ALLAH SWT.




Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved