Sultan Selangor ziarah makam ayahanda

11 Dec 2019 • 4:00 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KLANG - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan berangkat menziarahi makam ayahanda baginda, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj di Makam Diraja Klang sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Baginda ke-74 Isnin lalu.

Selangor Royal Ofice menerusi kenyataan melalui laman sosial memaklumkan baginda menziarahi makam ayahanda baginda, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj diiringi Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Turut hadir para pembesar negeri dan kerabat Diraja Selangor.

Bacaan tahlil dan doa selamat dibacakan oleh Mufti Selangor, Datuk Setia Mohd Tamyes Abdul Wahid.

image is not available
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan berangkat menziarahi makam ayahanda baginda, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj di Makam Diraja Klang, sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Baginda ke-74, Isnin lalu. - Foto Selangor Royal Office


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved