Secara purata, terdapat sehingga 60 aplikasi terpasang pada sesebuah telefon pintar. Sudah menjadi kebiasaan pengguna akan membenarkan aplikasi-aplikasi ini mengakses beberapa bahagian peranti bagi membolehkan ia berfungsi. Kerap kali juga akses diberikan tanpa menyedari implikasi yang berlaku. Bagi mereka yang lebih cakna, akses kepada lokasi dihalang bagi memastikan mereka tidak dijejak tanpa kebenaran.

Keputusan kajian ini telah dibentangkan oleh ICSI kepada ketiak acara PrivacyCon pada bulan Jun yang lalu. Sebanyak 88,000 aplikasi Android telah diuji di dalam kajian ICSI ini. Senarai lengkap 1325 aplikasi yang mengakses lokasi pengguna tanpa kebenaran ini akan didedahkan di persidangan Usenix Security yang akan berlangsung pada bulan Ogos hadapan.
Tahun ini ialah tahun pengguna yang semakin cakna mengenai pergerakan mereka yang dijejak oleh aplikasi. Pada Februari lalu sistem pemantau skrin Glassbox ditemui digunakan pada aplikasi popular iOS seperti Abercrombie & Fitch, Hotels.com, Singapore Airlines dan Expedia. Glassbox merakam penggunaan aplikasi iOS tanpa memberitahu pengguna terlebih dahulu dan melanggar garis panduan App Store. Apple segera mengarahkan pembangun aplikasi yang melanggar garis panduan ini untuk mengambil tindakan segera dalam masa sehari atau aplikasi dibuang dari stor atas talian mereka.


