“Simjacker” Kerentanan Pada Kad Sim Yang Mengakses Data Pengguna Melalui SMS

TechnologyDigital
14 Sep 2019 • 2:04 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Virus. Tidak kira virus fizikal yang merebak dan menjangkiti manusia, atau virus digital yang merebak dan menjangkiti pelbagai gajet – ia sukar untuk pupus. Pasti ada sahaja ‘virus’ baharu yang muncul setiap masa mendatangkan masalah.

Terkini firma sekuriti AdaptiveMobile Security, iaitu satu syarikat sekuriti siber-telekomunikasi telah menemui satu kerentanan baharu ‘Simjacker’. Ia adalah satu virus yang menjangkiti kad sim, bagi penggodam mengakses data pengguna seperti nombor IMEI peranti atau lokasi hanya melalui satu SMS. Menurut pasukan penyelidik AdaptiveMobile Security, virus ini telah digunakan oleh penggodam selama dua tahun.

image is not available

‘Simjacker’ ini berfungsi selepas SMS dihantar. Ada beberapa pencerobohan data hanya berjaya jika berlakunya interaksi pengguna. Contohnya, SMS mengarahkan sesuatu perkara perlu dibuat. Mereka yang mudah percaya akan tertipu, lantas mengikut arahan SMS tersebut. Selepas itu pelbagai masalah boleh berlaku seperti pemasangan aplikasi hasad, membuat panggilan telefon dengan kadar yang mahal atau juga pengintipan aktiviti pengguna.

Menurut AdaptiveMobile Security lagi, mereka yakin yang ‘Simjacker’ ini adalah dalang dari satu syarikat persendirian yang bekerjasama dengan kerajaan bagi memantau sesetengah individu. Sayang sekali, siapa yang dipantau, syarikat tekekomunukasi mana yang terlibat tidak diketahui.

Pengguna di Malaysia mungkin tidak perlu risau, kerana kajian yang dilakukan oleh AdaptiveMobile Security ini adalah dari Amerika Syarikat.