SALVADOR - Akibat kesempitan hidup, seorang kanak-kanak terpaksa menggunakan peralatan gajet yang dipamerkan bagi jualan untuk membuat kerja sekolahnya.
Video dimuat naik pelayar, @InactionNever memberitahu, kanak-kanak lelaki itu tidak mempunyai akses internet di rumah dan menjadikan kedai telefon pintar di pusat membeli-belah sebagai 'perpustakaan', di Brazil.
Difahamkan, pihak kedai telefon pintar juga membenarkan kanak-kanak itu menelaah pelajarannya menggunakan tablet tersebut yang dilengkapi internet sekali gus mengakses maklumat yang diperlukan.
Video yang berdurasi selama 15 saat itu telah mendapat 5.9 juta tontonan sejak di muat naik kelmarin dan sehingga kini 132, 400 ulang ciap posting tersebut.
Dalam pada itu, nilai kemanusiaan yang ditonjolkan menerusi video itu memberi pengajaran buat warganet.
"Hebat!!!, kegigihan kanak-kanak itu menelaah pelajaran walau di mana berada, bakal menjadi seorang insan berguna suatu hari nanti," ciap @tonylegend1322.
Kata @MrCraftmaster,"Budak baik, belajar untuk mengejar cita-citamu dan berjaya dalam pelajaran."
Tambah @vilaa, "Tindakan pemilik kedai telefon pintar itu wajar dipuji kerana membantu golongan memerlukan. Inilah nilai kemanusiaan yang kita mahukan."
Sementara itu, menerusi komen seorang, syarikat telefon pintar itu dipercayai telah menghadiahkan sebuah tablet kepada kanak-kanak tersebut setelah kisahnya tular di laman sosial.
Humanity at its best...
This child doesn’t have internet access at home, so a store in the shopping mall allows him to use their tablet to do homework.
— FierceWarriorNStilettos (@InactionNever) November 13, 2019

