ViewQwest Menaiktarafkan Kelajuan Sambungan Internet Untuk Para Pelanggan Mereka

TechnologyDigital
13 Apr 2020 • 2:32 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Selain daripada barang-barang dapur, diantara keperluan asas mana-mana rumah sepanjang Perintak Kawalan Pergerakan ini adalah sambungan internet yang laju untuk tujuan bekerja dan pembelajaran dari rumah.

image is not available

Bagi mereka yang menggunakan perkhidmatan internet ViewQwest, mereka baru-baru ini telah mengumumkan bahawa mereka telah menaiktarafkan sambungan internet pengguna-pengguma mereka bermula 6 April selama sebulan sehingga 8 Mei 2020 kelak.

Menurut CEO ViewQwest Vignesa Moorthy, mereka yang menggunakan pelan kelajuan 100Mbps akan menerima naik taraf sehingga 500Mbps, manakala mereka yang menggunakan pelan sambungan 500Mbps akan dinaiktarafkan ke pelan kelajuan 1Gbps tanpa sebarang bayaran tambahan.

image is not available

Walaupun begitu, penaiktarafan kelajuan ini terhad kepada beberapa kawasan seperti yang dinyatakan oleh pihak ViewQwest. Bagi kawasan-kawasan pelanggan ViewQwest yang tidak menerima penaiktarafan ini, mereka mengatakan bahawa para pelanggan tersebut akan menerima tambahan yang lain  yang akan diumumkan kelak.