LG Bakal Memperlihatkan Telefon 5G Dwi-Skrin Pada MWC 2020 – LG V60 ThinQ

TechnologyDigital
25 Dec 2019 • 11:53 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

MWC atau Mobile World Congress merupakan acara tahunan yang diadakan sekitar Februari, dimana melaluinya, ia menjadi medan pelbagai syarikat telekomunikasi mempertontonkan penawaran terbaru mereka.

image is not available

Terbaru, ia dilaporkan LG bakal memperlihatkan LG V60 ThinQ pada acara MWC 2020 kelak.

LG V60 ThinQ dijangka menawarkan rekaan telefon yang turut dilengkapi aksesori skrin kedua – sekaligus menawarkan pengalaman dwi-skrin melaluinya. Perkara yang lebih kurang sama telah dilakukan pada V50 ThiunQ sebelum ini, tetapi rekaan baru dikatakan akan menawarkan engsel yang lebih menarik.

Pada masa yang sama, LG turut dikatakan akan menyertakan sokongan rangkaian 5G bersama-sama peranti baru ini.

MWC 2020 dijangka berlangsung pada Februari 2020 kelak, dimana kita mungkin mendengar lanjut mengenai penawaran daripada pelbagai pihak menjelang acara berkenaan.