Lantikan 4 hakim wanita jadi contoh: Teresa Kok

6 Dec 2019 • 8:25 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA LUMPUR - Pelantikan empat hakim wanita dalam badan kehakiman negara bukan sahaja mencerminkan mereka berpengetahuan luas dalam undang-undang malah ia menjadi contoh baik kepada semua wanita muda di Malaysia, kata Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Datuk Rohana Yusuf di atas pelantikannya sebagai Presiden Mahkamah Rayuan.

“Juga tahniah buat Datuk Zaleha Yusof, Datuk Zabariah Mohd Yusof dan Datuk Hasnah Mohammed Hashim di atas pelantikan sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan,” kata Teresa Kok yang juga Menteri Industri Utama dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau menambah bahawa kenaikan pangkat yang bersejarah ini menjelaskan bahawa kelayakan, kemahiran dan pengetahuan adalah dihargai dalam Malaysia Baharu.

“Mempunyai keragaman gender di peringkat tertinggi kehakiman sudah tentunya satu langkah positif dan memang sepatutnya dipuji,” katanya.

Semalam, Rohana, 63, sebagai hakim Mahkamah Persekutuan menjadi wanita pertama dinaikkan ke jawatan Presiden Mahkamah Rayuan, kedudukan kedua tertinggi dalam kehakiman.

Ketua Hakim Negara, Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat menjadi wanita pertama memegang jawatan tertinggi itu dalam badan kehakiman dengan pelantikannya pada 2 Mei.

Tiga lagi hakim wanita Mahkamah Rayuan ialah Zaleha, 54, Zabariah, 60, dan Hasnah, 60, dilantik sebagai hakim Mahkamah Persekutuan.

Dengan semua pelantikan itu, hakim wanita di Mahkamah Persekutuan, mahkamah tertinggi di negara ini, kini seramai enam orang daripada keseluruhan 13 hakim. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN Rohana Yusof wanita pertama dilantik Presiden Mahkamah Rayuan


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved