Konfigurasi Cip Qualcomm Snapdragon 865+ Tertiris

TechnologyDigital
3 Apr 2020 • 11:17 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Qualcomm kini dipercayai bakal muncul dengan cip pemproses terbaru iaitu Snapdragon 865+. Meskipun belum diumumkan namun ia menjadi bualan hangat selepas markah penanda aras Samsung Galaxy Note 20+ 5G tertiris semalam menunjukkan ia menggunakan cip berkenaan. Terkini, konfigurasi CPU telahpun tertiris pula ke arena web.

Menuruts ciapan @MaxWeinbach, Snapdragon 865+ akan hadir hadir dengan lapan teras menggunakan konfigurasi 1+3+4 sama seperti Snapdragon 865.  Satu teras utama pada kelajuan 3.1 GHz, tiga teras pada kelajuan 2.4 GHz dan empat teras pada 1.8 GHz. Ketiga-tiganya dijangka menggunakan Kryo 585 dengan sekadar kelajuan teras yang dipertingkatkan berbanding pada Snapdragon 865.Pada waktu ini Snapdragon 865 masih lagi cip paling berkuasa untuk peranti Android.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved