Microsoft Mungkin Akan Menyertakan Paparan Skrin Kecil Pada Surface Pen

19 Jun 2019 • 4:32 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Surface Pen merupakan stylus yang dijadikan sebagai aksesori lakaran bagi produk Microsoft Surface. Aksesori ini nampaknya mungkin akan mempunyai rekaan baru, dengan perletakkan paparan dalam bentuk skrin kecil.

Perkara ini diperlihatkan melalui paten yang tertiris pada halaman Windows Latest. Paten ini memperlihatkan gambaran bentuk stylus ini, bersama paparan kecil yang ditempatkan pada bahagian tengah.

image is not available

Paparan ini dijangka akan menyertakan sejumlah alatan untuk memudahkan anda menukar seperti berus, pencil, dan pemadam pada aplikasi lakaran. Ketika menggunakan aplikasi lain seperti pelayar web, ia juga boleh disertakan dengan butang pintas untuk melakar dan membuat tangkapan skrin.

Walaupun paten ini dilihat menarik, ia masih tidak diketahui sama ada ia akan dijadikan sebagai produk akhir kepada pengguna. Namun sekiranya ia berjaya menjadi realiti, aksesori ini pastinya akan dapat memudahkan pengguna melakukan tugasan dengan lebih pantas, terutama dalam membuat perkara-perkara kreatif.