Bermula sebagai imej statik pada tahun 1998 untuk menyambut festival Burning Man, Google Doodle kini mempunyai elemen interaktif bagi menyambut tarikh serta acara penting. Kadang kala Doodle yang dipaparkan adalah dalam bentuk permainan yang boleh diakses terus dari pelayar web. Selama dua minggu bermula Isnin lalu, Google akan memaparkan permainan Doodle popular yang pernah dipaparkan.

Seperti biasa jika anda mahu memainkan permainan Doodle yang dipaparkan, tekan sahaja imej pada pelayar web anda.
