Kartel dadah Mexico bakal diisytihar kumpulan pengganas

27 Nov 2019 • 1:25 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump akan mengisytiharkan kartel dadah Mexico sebagai kumpulan pengganas susulan peranannya dalam mengedar narkotik dan manusia.

"Saya telah bekerja sejak 90 hari lalu. Bukan senang untuk membuat keputusan ini. Perlu melalui banyak proses dan kami juga sedang dalam proses itu," katanya dalam satu temu bual dengan wartawan terkenal, Bill O’Reilly.

Sejurus selepas kenyataan Trump dibuat, Kementerian Luar Negeri Mexico mengeluarkan kenyataan mengatakan pihaknya akan mengatur mesyuarat peringkat tertinggi dengan pegawai Jabatan Negara Washington.

Ia bagi menangani penamaan undang-undang dan aliran senjata serta wang kepada jenayah terancang.

"Menteri Luar Negeri akan bertemu dengan rakan sejawatannya, Michael R Pompeo untuk membincangkan isu penting itu bagi agenda dua hala," kata kementerian berkenaan.

Sebaik sahaja kartel dadah tersebut dinamakan sebagai kumpulan pengganas di bawah undang-undang AS, rakyat di negara itu dilarang untuk menawarkan sokongan dengan sengaja dan anggota kumpulan terbabit tidak boleh memasuki Washington serta boleh diusir.

Institusi kewangan yang sedar mereka mempunyai dana berkaitan kumpulan itu perlu menghalang wang tersebut dan memberi amaran kepada Jabatan Perbendaharaan AS.

Awal bulan ini, Trump menawarkan bantuan kepada Mexico untuk melancarkan perang terhadap kartel dadah sekali gus menghapuskan mereka dari muka bumi ini. - Agensi


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved