Epson Melancarkan Projektor 4K Dengan Android TV

TechnologyDigital
13 Sep 2019 • 9:31 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Televisyen pintar dengan sistem operasi Android TV telah lama memasuki pasaran tempatan. Tetapi masih ada yang merasakan bahawa televisyen masih tidak menawarkan skrin yang cukup besar dan projektor menjadi pilihan. Epson telah melancarkan projektor LS500 Laser Projection TV yang bukan sahaja dapat melontarkan imej sehingga saiz 120 inci pada resolusi 4K malah hadir dengan sistem operasi Android TV.

image is not available
Ia juga adalah dari jenis lontaran pendek yang membolehkan ia diletakkan berhampiran dinding. Dengan Android TV, pelbagai perkhidmatan penstriman seperti YouTube dan Netflix boleh dinikmati secara terbina. Dari segi kualiti imej ia boleh memaparkan kandungan HDR dengan nisbah perbezaan dinamik 2,500,00:1. Imej yang dipancarkan akan masih jelas walaupun di dalam bilik yang terang, Kandungan 3D juga boleh dipaparkan dengan bantuan kaca mata khas.

Epson LS500 Laser Projection TV  akan mula dijual tahun hadapan pada harga $4999 (~RM21,000) untuk versi lontaran 100″ dan $5999 (~RM25,000) untuk versi lontaran 120″.