1,000 gadis, wanita di Haiti diperkosa

3 Oct 2026 • 6:27 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 1,000 gadis, wanita di Haiti diperkosa

GENEVA – Keganasan geng-geng penjenayah di Haiti membunuh dan mencederakan sekurang-kurangnya 5,700 orang pada tahun ini, manakala lebih 1,000 wanita serta gadis diperkosa, kata ketua hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Volker Turk semalam.

Angka dikumpul oleh misi PBB di Haiti setakat 11 September lalu itu turut merangkumi 230 kes penculikan, namun Turk berkata, ‘angka sebenar dipercayai  jauh lebih tinggi’.

Ketika berucap kepada Majlis Hak Asasi Manusia PBB di Geneva, Turk memberi amaran geng-geng penjenayah terus berkembang walaupun terdapat penempatan pasukan keselamatan antarabangsa untuk membantu pihak berkuasa Haiti memulihkan ketenteraman.

Di sebalik kejayaan pasukan antarabangsa menyekat aktiviti jenayah di beberapa bahagian ibu negara Haiti, Port-au-Prince, geng penjenayah dapat menyesuaikan diri dan  muncul semula di kawasan baharu serta sentiasa menambah senjata mereka, tambahnya.

Misiantarabangsa itu disasarkan untuk mencapai 5,500 anggota tetapi setakat ini hanya mempunyai sekitar 1,500 petugas.

“Kekuatan pasukan ini kekal jauh di bawah tahap yang diperlukan,” kata Turk. – AFP

 

The post 1,000 gadis, wanita di Haiti diperkosa appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved