
TAWAU: Nasib penduduk Pulau Sebatik yang berdepan krisis bekalan air diatasi apabila 1,000 karton air minuman diagihkan oleh Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat), di Kg Mentadak Baru, di sini, pada Jumaat.
Presiden Harapan Rakyat Brig Jen (B) Tan Sri Liew Yun Fah berkata, beliau menerima aduan penduduk mengenai kekurangan bekalan air bersih berikutan kekurangan loji rawatan air hujan dan kering.
“Mengambil kira keperluan penduduk dan kesukaran hidup tanpa air, kami memutuskan untuk menyalurkan sumbangan segera kepada penduduk terjejas dari beberapa kampung.

