1,000 meriahkan Iftar Batu Sapi

LocalFood
11 Mar 2025 • 12:53 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Winnie Kasmir

SANDAKAN: Lebih 1,000 pengunjung memeriahkan program Iftar Madani @ Batu Sapi 2025 di Pantai Pasir Putih, Sandakan pada petang Sabtu, yang mengangkat budaya berbuka puasa beramai-ramai sambil mengeratkan perpaduan masyarakat setempat.

Program tersebut merupakan anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sabah dengan kerjasama Persatuan Penggiat Seni Kreatif Sandakan serta pelbagai agensi.

Turut diadakan dalam program tersebut adalah aktiviti seni dan kebudayaan Islam seperti persembahan nasyid, qasidah, jualan bazar Ramadan serta ceramah agama yang disampaikan oleh penceramah terkenal, Datuk Ustaz Kazim Elias Al Hafiz.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya merangkap Ahli Parlimen Batu Sapi, Khairul Firdaus Akhbar Khan berkata, program itu bukan sahaja meraikan Ramadan, tetapi juga sebagai platform untuk memupuk nilai murni.

“Wujud sikap saling bantu-membantu dalam kalangan generasi muda melalui aktiviti gotong-royong memasak bubur lambuk yang kemudiannya diedarkan kepada golongan asnaf dan gelandangan.

“Program ini juga sebahagian daripada tanggungjawab sosial kementerian dalam mencerminkan kerajaan Madani demi kesejahteraan rakyat Malaysia,” katanya ketika merasmikan program itu.

Turut hadir Ahli Parlimen Tanjung Papat, Frankie Poon, Presiden Majlis Perbandaran Sandakan Welter Kenson, dan Adun Karamunting, Datuk George Hiew Vun Zin.

Program ini kali kedua diadakan di luar Kuala Lumpur, dengan Sandakan sekali lagi menjadi lokasi pilihan penganjuran sejak tahun lalu.