1,000 Taman Awam Madani menjelang 2033

LocalEnvironment
29 Jul 2026 • 5:01 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 1,000 Taman Awam Madani menjelang 2033

PUTRAJAYA – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasarkan sekurang-kurangnya 1,000 Taman Awam Madani dibina dan dinaik taraf secara berperingkat di seluruh negara menjelang 2033.

Menteri KPKT, Nga Kor Ming berkata, setiap kerja pembinaan atau pelaksanaan naik taraf taman awam Madani berkenaan dianggarkan menelan kos sekitar RM500,000, menjadikan keseluruhan peruntukan bagi merealisasikan sasaran itu membabitkan RM500 juta.

Menurut beliau, setakat ini sebanyak 217 Taman Awam Madani telah berjaya disiapkan dalam tempoh dua tahun lalu, sekali gus melepasi sasaran 200 taman yang ditetapkan kementerian.

“Saya yakin menjelang akhir tahun ini, lebih 317 buah Taman Awam Madani akan siap sepenuhnya,” katanya menerusi sidang akhbar Sambutan Hari Landskap Negara 2026 (HLN 2026) di sini hari ini.

Dalam pada itu, Kor Ming berkata, KPKT melalui Jabatan Landskap Negara (JLN) akan menganjurkan Sambutan Hari Landskap Negara (HLN) 2026 bermula dari 6 Ogos hingga 9 Ogos ini di Stadium Hang Jebat, Krubong, Melaka dengan kerjasama antara JLN dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB). – KOSMO! ONLINE

The post 1,000 Taman Awam Madani menjelang 2033 appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved