
LAHAD DATU: Program memusnahkan makhluk perosak Mahkota Duri (COT) diteruskan dalam usaha memelihara habitat terumbu karang di perairan Teluk Darvel.
Dalam program pemusnahan COT yang diadakan awal bulan ini, sekumpulan penyelam memusnahkan kira-kira 1,014 COT.
Ketua Pasukan Penyelam Konservasi Teluk Darvel, Dominic Monteroso berkata, mereka melakukan program memusnahkan makhluk perosak COT antara 8 hingga 23 Julai lalu.
Beliau berkata, jumlah COT yang dikutip menunjukkan peningkatan yang ketara.
