1,126 mangsa bah Selangor di 15 PPS setakat pagi ini

20 Nov 2022 • 9:41 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 20 NOV: Seramai 1,126 mangsa banjir masih terjejas di Selangor ditempatkan di 15 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 9 pagi ini.

Menerusi kemas kini di laman sesawang Info Bencana JKM, mangsa terdiri daripada 660 dewasa, 54 warga emas, 432 kanak-kanak, 6 orang kurang upaya (OKU) dan 34 bayi.

PPS yang masih aktif ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jeram (100), Dewan Sri Nakhoda (20), Dewan Masjid Kampung Johan Setia (50), Dewan Orang Ramai Taman Gemilang (69), Dewan Orang Ramai Dengkil (63) dan Balai Raya Koa Bukit Serdang (23).

Selain itu, SMK Dengkil seramai 328 mangsa, Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru (80), Dewan Hala Cara Baru Sungai Panjang (13), Balai Raya Blok AGH Sawah Sempadan (8) dan SK Kampung Baharu Lanjut (92). Dewan MPKK Kampung Labu Lanjut (40) SRA Bukit Changgang (33).

Keseluruhan seramai 2,655 mangsa banjir membabitkan 719 keluarga terjejas di lima negeri iaitu Selangor, Melaka, Johor, Kelantan dan Perak.

Untuk mengetahui perkembangan semasa, orang ramai boleh merujuk portal Info Bencana JKM di sini: infobencanajkmv2.jkm.gov.my

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved