1,157 anggota polis bertugas di Perlis sepanjang PRU15

Politics
12 Oct 2022 • 1:20 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seramai 1,157 anggota polis dari Kontinjen Negeri Perlis bertugas sepanjang perjalanan PRU15 ini bagi menjamin keselamatan dan proses pengundian di negeri ini berjalan dengan lancar. - Gambar hiasan

KANGAR - Seramai 1,157 anggota polis dari Kontinjen Negeri Perlis bertugas sepanjang perjalanan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi menjamin keselamatan dan proses pengundian di negeri ini berjalan dengan lancar.

Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad berkata, pihaknya sudah pun mula meningkatkan rondaan dan pemantauan di samping mengenal pasti beberapa ‘hot spot’ untuk tindakan pemantauan lebih rapi bagi memelihara keamanan sepanjang PRU15.

Beliau seterusnya meminta penyokong parti politik agar tidak terlalu beremosi dan mengelak daripada melakukan sebarang provokasi melampau sehingga boleh menimbulkan kemarahan yang akan menggugat ketenteraman.

"Nasihat saya jika melakukan perjumpaan bagi meraih sokongan, jalankan aktiviti itu dengan sihat,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Isnin lepas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen untuk memberi laluan kepada PRU15. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved