1,161 lampu solar LED dipasang sepanjang Lebuhraya Pulau Indah

11 Jan 2023 • 9:30 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

Oleh SHAMZ JOHAN

SHAH ALAM, 11 JAN: Sebanyak 1,161 lampu diod pemancar cahaya (LED) berkuasa solar dipasang di sepanjang Lebuhraya Pulau Indah.

Wakil rakyat Pelabuhan Klang Azmizam Zaman Huri berkata setakat ini sebanyak 531 tiang lampu siap dipasang di kawasan Pelabuhan Klang.

“Kita memang tumpu projek pencahayaan di Pelabuhan Klang, setakat ini sudah 531 tiang lampu solar dipasang, tahun ini masih ada baki 630 dalam proses pemasangan,” katanya ketika dihubungi.

Jelas beliau, susur Lebuhraya Pulau Indah menuju ke West Port tidak berlampu sebelum ini dan keadaan itu membahayakan pengguna terutamanya kenderaan kecil.

Menurut Azmizam, Cawangan Kejuruteraan Elektrik (CKE) Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor kini dalam proses penilaian dan kajian bagi pemasangan dan piawaian lampu.