1,200 palet terpakai jadi perabot, cipta rekod baharu MBOR

LocalHome & Living
7 Aug 2026 • 6:28 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 1,200 palet terpakai jadi perabot, cipta rekod baharu MBOR

MELAKA – Sebanyak 1,200 palet terpakai seberat 26 tan yang dikumpulkan daripada kilang-kilang di negeri ini berjaya ditransformasikan menjadi 301 unit perabot dalam tempoh dua hari, sekali gus mencipta rekod baharu dalam Malaysia Book of Records (MBOR).

Timbalan Ketua Pengarah Eksekutif (Pengurusan) Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Syahrul Nizam Saleh berkata, pencapaian itu merupakan rekod pertama seumpamanya membabitkan penghasilan perabot daripada palet terpakai.

Menurutnya, sebanyak 300 sukarelawan terdiri daripada pemain industri, pusat latihan serta peserta Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bidang perkayuan dari seluruh Malaysia ‘berkampung’ selama dua hari bagi menyiapkan kesemua perabot tersebut.

“Keseluruhan palet itu mempunyai berat kira-kira 26 tan dan bagi kategori sisa kayu, ini adalah rekod pertama yang kita lakukan,” katanya semasa sidang akhbar sempena Hari Landskap Negara 2026 di pekarangan Stadium Hang Jebat, di sini, hari ini.

Tambahnya, kesemua 301 unit perabot yang dihasilkan itu akan dijual kepada pengunjung esok, sekali gus memberi peluang kepada orang ramai memiliki produk berasaskan palet terpakai tersebut.-KOSMO! ONLINE

The post 1,200 palet terpakai jadi perabot, cipta rekod baharu MBOR appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved