
KEMAMAN – Persatuan Pemuliharaan Tuntung Malaysia (TCS) mengambil inisiatif melepaskan 690 ekor anak tuntung sungai ke Sungai Kemaman berhampiran Kampung Pasir Gajah di sini, sebagai usaha pemuliharaan spesies terancam tersebut.
Pengarah Eksekutif TCS, Dr. Chen Pelf Nyok berkata, anak tuntung berusia lima bulan yang dilepaskan berkenaan sebelum ini dieram dan menetas di Pusat Konservasi Tuntung Sungai Kampung Pasir Gajah.
“Telur tuntung sungai berkenaan dikutip di sepanjang pesisir Sungai Kemaman sebelum dibawa untuk tujuan pemuliharaan di Pusat Konservasi Tuntung Sungai Kampung Pasir Gajah.
“Setakat ini, kita telah mengutip mengutip lebih 1,600 telur tuntung sungai sejak awal ini,” katanya pada program pelepasan anak tuntung di Sungai Kemaman berhampiran Kampung Pasir Gajah di sini, hari ini.
Pelf Nyok berkata, lebih 1,200 atau 75 peratus daripada telur tuntung sungai terbabit berjaya menetas dan anak tuntung tersebut dilepaskan ke habitat asalnya di Sungai Kemaman secara berperingkat apabila mencapai usia lima bulan.
“Kita berharap anak tuntung yang dilepaskan ini dapat membesar dan kembali suntuk bertelur. Selain Sungai Kemaman, tuntung sungai turut ditemukan di Sungai Terengganu dan Sungai Dungun,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post 1,200 tuntung sungai dilepas semula ke dalam Sungai Kemaman appeared first on Kosmo Online.
