1,310 lot parkir di Hospital Seri Manjung pada Julai 2027

9 Sep 2026 • 1:54 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 1,310 lot parkir di Hospital Seri Manjung pada Julai 2027

IPOH – Tempat letak kereta (TLK) di Hospital Seri Manjung akan meningkat kepada 1,310 lot berbanding 650 lot ketika ini selepas pelaksanaan penyumberluaran pengurusan TLK termasukan penambahan TLK bukan kekal selesai dilaksanakan pada 31 Julai 2027.

Pengerusi Kesihatan, Sumber Manusia, Integrasi Nasional dan Hal Ehwal Masyarakat India Perak, Datuk A. Sivanesan berkata, keputusan penyumberluaran itu diputuskan Kementerian Kesihatan (KKM) setelah pihak berkenaan melihat balik isu tersebut pada suku kedua tahun ini.

“Sebagai penyelesaian yang mutlak KKM telah memberikan kelulusan cadangan pelaksaan outsourcing (penyumberluaran) pengurusan TLK termasuk penambahan bilangan TLK (bukan kekal) di fasiliti KKM secara premis demis.

“Projek ini memberikan jumlah tambahan lot TLK melalui kemudahan TLK mekanikal dan menaik taraf serta penyusunan semula lot-lot TLK dalam kawasan hospital,” katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Jason Ng Thien Yeong (PH-Astaka) yang ingin tahu langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan negeri untuk menambah tempat parkir di Hospital Seri Manjung.

Sivanesan berkata, usaha itu bakal memberikan peningkatan kapasiti parkir yang signifikan iaitu 650 lot bagi orang awam dan kakitangan hospital kepada 1,310 lot.

“Pelaksanaan projek ini akan melalui fasa kerja kerja awalan yang dijangka bermula pada 1 Disember 2026 sehingga 31 Julai 2027.

“Sepanjang fasa ini konsesi perlu membangunkan semua prasarana yang diperlukan termasuk menyediakan dataran parkir yang lengkap dengan permukaan bertar bersama garisan dan kemudahan longkang serka kerb bagi memastikan aliran trafik lancar dalam kawasan parkir,” katanya.

Beliau berkata, perjanjian bersama syarikat kontraktor pengurusan parkir turut menetapkan beberapa lot parkir yang dikhaskan untuk kegunaan kakitangan hospital untuk dinaik taraf.

“Ruangan parkir yang dikhaskan untuk kakitangan hospital dikecualikan daripada sebarang bayaran,” katanya.

Menjawab kepada soalan pembinaan sistem parkir bertingkat, Sivanesan berkata, kajian mengenainya menjadi asas dalam pertimbangan usaha pengurangan masalah kekurangan tempat letak kereta di Hospital Manjung.

“Perkara ini juga diberi perhatian dengan mengambil kira jumlah kehadiran pesakit dan kenderaan dalam sesuatu masa.

“Memandangkan Hospital Seri Manjung masih memiliki tapak kosong tambahan maka KKM berhasrat bagi melaksanakan Pengurusan Sistem Tempat Letak Kereta yang teratur,” katanya.

Beliau berkata, dalam fasa kerja awalan yang dimaklumkan sebelum ini, pihak kontraktor bercadang untuk menyediakan tempat letak kereta bertingkat yang direka khas berasaskan konsep parkir mekanikal.

“Usaha ini pernah dilaksanakan di Hospital Selayang sebelum ini yang hanya menggunakan ruang tapak yang terhad sambil menambah bilangan parkir secara signifikan.

“Parkir mekanikal ini dirancang untuk dibangunkan bermula April 2027 dan sedia untuk penggunaan mulai 1 Ogos 2027. Ia turut menambah lot parkir tambahan sebanyak 30 unit. Usaha ini juga membolehkan sistem parkir diurus secara tertib tanpa sebarang kerugian ruang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post 1,310 lot parkir di Hospital Seri Manjung pada Julai 2027 appeared first on Kosmo Online.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved