1,323 ketua isi rumah di Kuantan belum tuntut bantuan banjir

30 Dec 2022 • 12:08 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan.

KUANTAN - [DIKEMAS KINI] Sebanyak 1,323 ketua isi rumah (KIR) di daerah ini yang terjejas akibat banjir pada hujung tahun lepas dan awal tahun ini, masih belum membuat tuntutan Bantuan Barang Keperluan Asas (BBKA) dan Baik Pulih Rumah (BPR).

Datuk Bandar Kuantan, Datuk Hamdan Hussin berkata, jumlah keseluruhan KIR yang layak menerima bantuan berkenaan adalah sebanyak 23,857 BBKA dan 1,611 BPR.

"Sepatutnya jumlah yang masih belum dituntut ini akan dipulangkan semula kepada pihak bertanggungjawab esok (31 Disember) namun Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Pahang telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh tuntutan berkenaan sehingga penghujung Februari 2023," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan penutup Program Khalifah Muda anjuran Masjid Tepian Putra mebabitkan 170 peserta berumur tujuh hingga 15 tahun di sini pada Jumaat.

Mengulas lanjut mengenai bantuan banjir berkenaan, beliau berkata, senarai KIR yang belum menerima bantuan tersebut telah dipanggil beberapa kali untuk membuat tuntutan namun agihan itu masih gagal disempurnakan.

Justeru, Hamdan menggesa KIR terjejas banjir musim lepas di daerah ini yang masih belum menerima bantuan berkenaan membuat semakan nama masing-masing di Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) bagi membuat tuntutan. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved