1,440 kemalangan direkod pada hari kesembilan Op Selamat 19

27 Jan 2023 • 12:51 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,440 kemalangan jalan raya direkodkan di seluruh negara pada hari kesembilan pelaksanaan Op Selamat 19 sempena Tahun Baharu Cina, semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Seri Mat Kasim Karim berkata ia melibatkan 1,750 kenderaan dengan kemalangan membabitkan kereta mencatatkan jumlah yang tertinggi iaitu 1,173 kes.

“Ia diikuti motosikal (270), pacuan empat roda (191), lori (65), van (30), bas (12), teksi (lima) dan satu kes kemalangan bagi basikal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Op Selamat 19 dilaksanakan selama 10 hari bermula 18 hingga 27 Jan di seluruh negara. - Bernama