1,722 kes baharu Covid-19, dua kematian

8 Oct 2022 • 8:27 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sebanyak 1,722 kes baharu Covid-19 dicatatkan pada Jumaat. - Foto Bernama

SHAH ALAM - Sejumlah 1,722 kes baharu Covid-19 dengan dua kematian direkodkan di negara ini pada Jumaat.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, kedua-dua kes kematian tersebut berlaku di luar fasiliti kesihatan atau 'brought-in-dead' (BID).

Bagi kes aktif Covid-19 pula, sebanyak 23,119 dicatatkan dengan 22,011 daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Manakala, 979 pesakit menerima rawatan di hospital dengan 48 daripada dirawat di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 26 pesakit yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, sebanyak 1,639 kes sembuh turut direkodkan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved