1.9 Juta Kereta Masuk Pulau Pinang Bermula 27 Mei -2 Jun 2026

LocalTravel
22 May 2026 • 11:00 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

1.9 Juta Kereta Masuk Pulau Pinang Bermula 27 Mei -2 Jun 2026

image.png

Sediakan mental dan kesabaran anda memandangkan 1.9 juta kereta akan menyerbu ! Pulau Pinang bermula 27 Mei hingga 2 Jun ini.

Pulau Mutiara bukan sahaja menjadi destinasi tumpuan pelancong, malah menjadi laluan utama sempena "triple kombo" cuti perayaan dan cuti umum kali ini:

Hari Raya Aidiladha

Hari Wesak

Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail, mengesahkan bahawa aliran trafik yang sangat tinggi dijangka berlaku susulan orang ramai yang pulang ke kampung serta mengambil peluang untuk bercuti.

"Abang Polis" Dah Ready:

Bagi memastikan korang tak "tua" dalam kereta, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) akan mempergiatkan operasi pemantauan di lokasi-lokasi panas.

Polis mengekalkan konsep 'pencegahan awal dan penguatkuasaan menyeluruh' demi mengurangkan risiko kemalangan serta mengawal kesesakan, terutamanya di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).

Info Ops: Seramai 145 pegawai dan anggota JSPT Pulau Pinang akan digerakkan secara total, dengan bantuan JPJKK, JPJ, pihak berkuasa tempatan (PBT), dan pihak PLUS.

Kawasan Kemalangan Maut

Jika alu kawasan-kawasan ini, sila pandu dengan lebih berhati-hati:

DaerahLokasi Tumpuan / Risiko Kemalangan MautSeberang Perai Utara (SPU)Jalan Teluk Air Tawar – Jalan Bagan LuarSeberang Perai Tengah (SPT)Jalan Perusahaan Perai – Jalan KulimSeberang Perai Selatan (SPS)Jalan Besar Simpang EmpatBahagian PulauLebuhraya Tun Dr Lim Chong EuJangan Buat Hal! 6 Kesalahan Ini Tiada Maaf Bagimu

Polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan penguatkuasaan serta-merta jika korang kantoi melakukan 6 kesalahan utama ini:

Memandu melebihi had laju

Menggunakan telefon bimbit semasa memandu

Menyalahgunakan lorong kecemasan

Melanggar lampu isyarat merah

Memotong barisan (potong Q)

Memotong di garisan berkembar

Tip Penyelamat: Rancang perjalanan anda dengan bijak, pastikan baki kad Touch 'n Go atau RFID mencukupi, dan paling penting, jaga keceriaan emosi di jalan raya. Selamat bercuti dan selamat menyambut Aidiladha!