1,918 kes baharu, lapan kematian akibat Covid-19

5 Jul 2022 • 9:52 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 5 JULAI: Jangkitan harian Covid-19 di negara ini turun kepada 1,918 kes semalam, selepas enam hari berturut-turut berada paras 2,000 kes.

Sebelum ini negara merekodkan 2,025 kes (28 Jun), 2,605 kes (29Jun), 2,867 kes (30 Jun), 2,773 kes (1 Julai) dan 2,527kes (2 Julai) dan 2,536 kes (3 Julai).

Menurut data dikongsi menerusi https://covidnow.moh.gov.my , pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 4,575,809 kes kes dengan 29,382 daripadanya adalah kes aktif.

Ketika ini, sebanyak 28,140 sedang menjalani kuarantin di rumah, 26 kes di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC), 1,172 kes di hospital dan 44 kes di unit rawatan rapi (ICU).

Lapan kematian dilaporkan menjadikan kes keseluruhan sebanyak 35,784 kes.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved