1 juta rupiah kini RM230

Business & Finance
25 Apr 2026 • 6:50 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Berdasarkan tinjauan di beberapa laman sesawang dan aplikasi kadar tukaran mata wang pada Sabtu, satu juta rupiah bersamaan RM230 sahaja. Foto Agensi

SHAH ALAM - Nilai mata wang antara Malaysia dan Indonesia menjadi perhatian ramai apabila berlaku perubahan ketara dari segi kadar tukaran terkini, menunjukkan pengukuhan ringgit.

Berdasarkan tinjauan di beberapa laman sesawang dan aplikasi kadar tukaran mata wang pada Sabtu, satu juta rupiah bersamaan RM230 sahaja.

Jika dilihat perbandingan pada penghujung Mac lepas, kadar tukaran berada kekal pada sekitar RM1 bersamaan 4,201.68 rupiah dan hari ini mencatatkan 4351.25 rupiah.

Situasi sedemikian menyebabkan ramai pengguna media sosial berkongsi kisah masing-masing menukar ringgit kepada rupiah sebagai persediaan untuk bercuti ke Indonesia.

Tidak kurang juga yang berseloroh dengan mengatakan hanya membawa beberapa keping not RM100 sudah mampu menikmati gaya hidup senang di negara berkenaan.

Bukan itu sahaja, ada yang menyifatkan ini masa paling sesuai untuk melancong ke Indonesia memandangkan kos penginapan, makanan dan barangan di sana jauh lebih murah.

Justeru, rata-rata telah mula berkira-kira tentang bajet percutian masing-masing.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved