1 Malaysia Kena Scam, Video Zara Zya Dirisik Hanyalah Gimik Pelancaran Produk

Entertainment
2 Mar 2023 • 11:21 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Zara Zya - Gambar dari Instagram 

Nampaknya elemen gimik masih lagi menjadi pilihan selebriti tempatan untuk melancarkan sesuatu produk agar mendapat perhatian ramai.

Terbaharu, aktres popular iaitu Zara Zya yang baru-baru ini dikatakan telah dirisik dan bakal menamatkan zaman bujangnya ternyata hanyalah gimik semata-mata.

Menerusi hantaran terbaru Zara di Instagram, dia telah berkongsi bahawa video dirisik yang menjadi tular sebelum ini adalah video dia dirisik menjadi duta produk.

"Alhamdulillah. Syukur ke hadrat ilahi kerana telah permudahkan semuanya. Kepada peminat dan pengikut Zara, ini adalah untuk anda," tulisnya di bahagian kapsyen. 

Sementara itu di bahagian komen hantaran berkenaan, ramai netizen yang meninggalkan Komen bahawa mereka sudah 'terkena' dengan gimik Zara.

Ada yang kecewa, namun ada juga yang memuji teknik pemasaran sebegini yang dikatakan telah berjaya menarik perhatian ramai. 

image is not available

Zara sebelum ini pernah bertunang dengan aktor, Hafreez Adam pada tahun 2019. Namun jodoh mereka tidak panjang apabila masing-masing mengumumkan telah putus tunang selepas sebulan bertunang. – Getaran, 2 Mac 2023