“1 Malaysia Kenal Adik Sekarang Tapi” – Kakak Luah Rasa Sebak, Arwah Nidza Afham Pernah Cakap Nak Jadi Terkenal

LocalEntertainment
15 Aug 2024 • 8:08 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
nidza afham

Semalam, satu Malaysia dikejutkan dengan berita penemuan mayat seorang lelaki di Sungai Klang, Selangor.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan mayat adalah Muhammad Nidza Afham Mokhtar yang dilaporkan hilang selepas jogging di Stadium Klang.

Di media sosial, kakak kepada mangsa iaitu Efahanie meluahkan rasa sayu dengan pemergian adik tercinta. Jelasnya Afham merupakan seorang yang sangat baik serta rajin membantu keluarga.

Afham yang merupakan seorang penyanyi juga pernah meluahkan hasrat untuk menjadi terkenal. Kini, Allah SWT telah mengangkat darjat arwah apabila didoakan dengan kebaikan oleh seluruh rakyat Malaysia.

Sementara itu, adik mangsa iaitu Aufahanie berterima kasih kepada masyarakat yang tidak putus-putus mendoakan arwah.

Beliau memohon orang ramai membacakan al-Fatihah dan mendoakan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan mayat Muhammad Nidza Afham Mokhtar dibawa ke Unit Forensik Hospital Shah Alam (HSA) untuk urusan bedah siasat.

Bedah siasat dibuat selepas proses pengecaman mayat selesai dilakukan oleh ahli keluarga mangsa di lokasi kejadian malam tadi.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: X Efahanie | Aufaa Mokhtar