1 Maut, 9 Cedera Dalam Kemalangan Di Jalan Lapangan Terbang Baru Mukah

13 Aug 2023 • 12:23 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kemalangan berlaku di Mukah, melibatkan 1 maut dan 9 cedera

1 Maut, 9 Cedera Dalam Kemalangan Di Jalan Lapangan Terbang Baru Mukah. Seorang meninggal dunia manakala sembilan yang lain cedera dalam satu kemalangan jalan raya di Jalan Lapangan Terbang Baru, Mukah semalam (12 Ogos).

Menurut laporan, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak telah menerima panggilan mengenai kemalangan tersebut pada jam 8.11 malam dan pasukan bomba dari Bomba Mukah segera bergegas ke tempat kejadian.

image is not available
Sumber: dayakdaily

Melibatkan perodua bezza dan perodua alza

Difahamkan, kemalangan tersebut telah melibatkan kereta Perodua Bezza dan Perodua Alza.

“Tiga daripada mangsa tersepit di dalam Perodua Bezza, dan dua lain berjaya keluar dari kenderaan sendiri, manakala lima lagi dari Perodua Alza juga berjaya keluar dengan selamat.

image is not available
Gambar hiasan. Sumber: google

“Selepas ketiga-tiga mangsa berjaya dikeluarkan, mereka diserahkan kepada petugas perubatan dari Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut, dan salah seorang daripada mereka disahkan meninggal di tempat kejadian,” katanya memetik sumber.

Seorang mangsa maut

Dalam pada itu, seorang mangsa yang meninggal dunia dikenal pasti sebagai Dmas Masri Hasnawi berumur 48 tahun.

Baca juga artikel yang berkaitan: