1 maut, 9 cedera dalam serangan pisau di rumah anak yatim di Poland

11 May 2023 • 11:44 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

WARSAW: Seorang remaja perempuan maut manakala sembilan yang lain cedera dalam kejadian serangan pisau di rumah anak yatim di tengah Poland lapor Xinhua, memetik media tempatan pada Rabu.

Insiden itu berlaku di kampung Tomislawice selepas 1 malam (2100 GMT). Lima daripada yang cedera dihantar ke hospital manakala selebihnya menerima rawatan perubatan di tempat kejadian.

Polis telah menahan pelaku berusia 19 tahun dan siasatan sedang dibuat bagi mengenal pasti motif kejadian.- Bernama